Aktiviti tahunan sekolah berserta perbelanjaan kasar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kak Wien nak kongsikan berkenaan dengan aktiviti tahunan sekolah serta perbelanjaan yang diperlukan dan di sini Kak Wien sertakan contoh sekolah menengah.

Berdasarkan kepada aktiviti di atas berserta dengan perbelanjaan yang dibentangkan maka amat mudah untuk kita rancangkan aktiviti kita dalam sekolah.

Hacipta terpelihara 2018 ddelightazwien.com

Apa yang anda patut tahu dengan cash flow atau aliran tunai

Apa tindakan kita selepas hadir Kelas MYD$ ?
.
#1- Yang belum ada syarikat, kalau mmg serius nak berniaga ... pergi SSM dan buka syarikat sendiri. Pilih nama yang universal sikit. Yang boleh kita guna untuk buat apa bisness pun sbb satu syarikat boleh ada 10 bisnes dalam nya, tak perlu buka 10 syarikat berlainan...... janji stuktur mantap....
.
#2- Bila dah ada syarikat semua urusan perbankan kena guna akaun syarikat. Jangan campur aduk kan akaun personal dan akaun syarikat ya.... dan terus buat internet banking. Mesti ada ya....
.
#3- MESTI rekod semua transaksi duit keluar dan masuk. Template CASHFLOW dah diberikan masa kelas 10hb hari tu.... Dah rekod ke belum ?????
.
#4- Yang serius target nak start bina profile mulai tahun 2017, kena ready dengan Penyata Untung Rugi syarikat utk tahun 2017 dan submit ke LHDN sebelum Jun 2018 ya.....
.
#5- Jom kita review penyata Cashflow kita... tengok mana yang perlu di perbaiki......

Berikut adalah perkongsian dari Kak Kin tentang aliran wang tunai.

Dalam ofis kita, perlu ada 4 fail ini saja......
Tak susah kan....???
Label GREY - Failkan semua invois dan claim kita fail
Label PINK - Failkan semua invois dan claim yang kita dah bayar
Label BIRU - Failkan semua salinan invois dan resit yang kita berikan pada pelanggan kita (kalau dalam kita guna invois dan resit dalam entuk buku, simpan buku2 tu secara tersusun ikut bulan
Label KUNING - Failkan penyata bank bulanan/harian yang kita print dan juga semua resit bank in yang kita ada.
.
Fail-fail ini adalah sebagai bukti urusan kewangan perniagaan kita....
.
Dan simpan selama sekurang-kurangnya 7 tahun .....

NAK AMBIL GAJI....

Ingatkan latihan kita hari itu..... Dah kira kan berapa gaji bulanan kita nak ambil dari bisnes kita...?

Ada disertakan disini contoh slip gaji.... ada banyak lagi contoh2 lain yang berlainan format nya saja. Boleh guna yang mana pun...

Secara kasarnya anda dah boleh agak bagaimana nak uruskan kewangan anda dengan membuka SSM sama ada Enterprise atau Sdn Bhd. Kedua-duanya ada pro and cons bergantung kepada apa yang kita inginkan. Untuk pastikan gaji anda yang sesuai untuk setiap bulan anda ambil Kak Wien syorkan anda layari website http://www.payroll.my/

JOM Kita kira berapa gaji bersih kita...
Gaji asas RM3000 sebulan
Carum KWSP ikut %
Status kita SINGLE..

BERAPA JUMLAH BERSIH YANG KITA TERIMA SEBAGAI GAJI KITA....

Klik link http://www.payroll.my/ dan berikan jawapan dim komen dibawah...

Hakcipta terpelihara ddelightazwien.com 2018 

Apa yang diperlukan untuk buka booth di dalam sekolah bagi bantu sekolah cari dana?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda mungkin nak tahu bagaimana Kak Wien dapat bekerjasama dengan pihak sekolah dalam membantu mereka mencari dana untuk tabung kebajikan dalam sekolah seperti PIBG, Kelab Guru, Kelab Koperasi, dll. Di sini Kak Wien nak berkongsikan kepada anda pengalaman Kak Wien dalam membantu sekolah di mana Kak Wien dengan kelebihan yang Allah beri Kak Wien lakukan yang terbaik demi masa hadapan anak-anak kita dan anak-anak orang lain.

Surat permohonan untuk buka booth di sekolah atau lain2 tempat (contoh lihat di bawah)

Mohon berurusan dengan cara baik dan harmoni dengan pihak sekolah.

Apa yang perlu sebelum datang ke majlis sekolah untuk buka booth?

  1. Diri kita - penampilan kena kemas dan bersemangat. Bersedia dengan ilmu untuk jawab sebarang soalan. Pakai t-shirt int3Tree jika ada dan bau wangi. Ambil gambar dengan customer atau orang kenamaan atau penting bersama produk kita yang mereka pegang sendiri.
  2. Rakan kita - sahabat yang boleh bantu kita jika ada terutamanya majlis yang ramai orang. Senang nak layan dan uruskan pembelian.
  3. Produk kena cukup - paket trial dan kotak int3tree. Kalau boleh bawa lebih dari 20 kotak dan 20 paket trial.
  4. Flyer 
  5. Meja dan kerusi. Meja kena lapik dengan kain yang bersih.
  6. Sediakan wang secukupnya untuk tukar wang kecil.
  7. Sediakan plastik atau bag untuk bagi pelanggan jika membeli.
  8. Sediakan sachet percuma untuk mereka rasa. Bagi jer sebab yang rasa pasti akan beli..inshaa Allah.
  9. Sediakan buku resit.
  10. Sediakan buku atau borang untuk isi nama pengunjung sebagai kutipan customer base.
  11. Kertas A4 kosong untuk tulis jualan dan kutipan yang kita dapat dan serahkan bersama duit yang kita perlu bagi pada sekolah dengan ucapan terima kasih.

Rasanya mudah kan nak buka booth kat sekolah? Kak Wien pasti anda semua akan berjaya. Usaha murni bantu sekolah nie adalah satu jihad yang pasti akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.  Semoga kita semua kaya dan berjaya....Aminnn

 

Hakcipta terpelihara ddelightazwien.com 2018

Informasi ini hanya dibenarkan untuk team iqwiens sahaja dan tidak boleh digunakan untuk apa-apa perkara lain melainkan dengan kebenaran kami.

Sumbangan Anda Pada Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau PIBG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahukah anda yang anda juga adalah ahli PIBG sekiranya anak anda bersekolah di mana-mana sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia atau Jabatan Agama Islam (JAIS)? Di sini Kak Wien nak kongsikan kepada anda apa peranan anda pada PIBG sekolah anak anda...... Mungkin anda tak sedar yang anda juga bertanggungjawab penuh dalam sistem pendidikan nasional.

Di bawah Kak Wien kongsikan berbagai informasi tentang PIBG dan Kak Wien harap ianya dapat membantu anda semua....

Kita bermula dengan mengetahui aktiviti PIBG melalui mesyuarat Agung PIBG yang dijalankan di semua sekolah sebelum 1hb April setiap tahun. Berikut adalah contoh memo dari Kementerian tentang aktiviti Mesyuarat Agung PIBG ini berserta dengan informasi tambahan...

Sebagai ahli AJK PIBG, Kak Wien lihat aktiviti PIBG lebih kepada membantu sekolah untuk dapatkan dana serta memberikan bantuan seberapa boleh pada pihak sekolah dalam berbagai aspek yang melibatkan anak-anak kita.  Kat sini Kak Wien nak kongsikanlah dana apa yang sekolah perlukan bagi menjalankan aktiviti PIBG sekolah setiap tahun... Kak Wien sertakan di sini contoh sebuah sekolah menengah yang mana ianya seakan sama dengan sekolah-sekolah lain bergantung kepada sumbangan yang mereka dapat setiap tahun. Ianya berdasarkan initiatif setiap ahli AJK PIBG bersama-sama pihak sekolah.

Mungkin anda juga seorang usahawan dan ingin membantu sekolah.Bagaimana caranya? Betul tak? Di sini Kak Wien dengan ikhlas nak kongsikan ilmu yang berguna untuk bantu anak-anak kita berjaya dunia akhirat.

 

 

Hakcipta terpelihara ddelightazwien.com 2018