Dipetik dari FB Saudara Mohd Husainy:
Ada beberapa usahawan pm saya bertanya tentang cara kira zakat bagi bisnes.
Saya kongsikan di sini supaya lebih ramai yang bergelar usahawan, pemilik bisnes, trader online, agen2 Mlm, agen hartanah, agen insurans boleh CELIK ZAKAT bisnes.
Kira2 mudahnya ialah dengan mengira hasil tolak Aset Semasa dengan Belanja/Liabiliti Semasa darab dengan 2.5%.
ASET SEMASA : Tunai di bank + tunai di tangan
Tolak LIABILITI SEMASA : Hutang pembekal, hutang pekerja dan hutang2 lain seperti bil api, air, hutang kereta pada bulan ini
Bakinya jika melebihi rm14,000 (cukup nisab) darab dengan 2.5%.
Rujuk ilustrasi di atas untuk lebih kefahaman.
Ambillah kesempatan di bulan baik ini untuk berzakat..moga rezeki kita bertambah subur dan berkat serta menjauhkan diri kita dari tercela disebabkan bakhil dalam mengumpul harta seperti yang disebut dalam surah Al-Humazah.