Ingin dapat pendapatan Rm18,000 sebulan bersih dengan hanya kongsikan sahaja pada kenalan anda?

Untuk melayakkan anda dapat Rm18,000 sebulan , anda kena ambil pakej ejen SAR dengan melaburkan wang sebanyak Rm3,100.

Anda akan dapat 50 kotak int3Tree di mana setiap kotak keuntungan sebanyak RM35.

Sebagai ejen SAR, anda lantik 20 dropship yang aktif di mana 20 dropship yang aktif tersebut setiap seorang ada 10 dropship di bawah mereka. Maka jumlah dropship adalah 200 dropship. Bagaimana nak dapat 200 dropship tersebut? Setiap dropship kena senaraikan 10 orang kenalan mereka untuk dilantik sebagai dropship bawah mereka. Pelanggan int3Tree pun boleh dilantik sebagai dropship juga yer....

Katalah dropship yang aktif ini menjual 7.5 kotak purata setiap bulan setiap dropship, maka anda sebagai ejen SAR akan dapat restok sebulan sebanyak 7.5 x 200 dropship = 1500 kotak.

Katalah anda untung Rm35 sekotak, maka anda kena bagi Rm13 pada dropship, upah penghantaran Rm8 dan upah pada dropship direct dengan kita sebagai ejen SAR adalah Rm2. Maka total keuntungan ejen SAR sekotak adalah 35-13-8-2 = Rm12.

:- Untuk 1,500 kotak x Rm12 = Rm18,000/sebulan

Di atas kita boleh lihat sebagai ejen SAR tugasnya adalah untuk bantu 200 dropship bawah beliau tanpa beliau menjual. Katalah kalau ejen SAR ini pun turut menjual pasti keuntungan adalah lebih Rm18,000 kan?. Ada sesiapa tak faham? Boleh komen...

Hakcipta terpelihara ddelightazwien.com 2017

Strategi pemasaran kaedah rujukan Iqwiens – 1 x 10 x 10

Kaedah ini yang telah dikongsikan oleh sahabat Iqwiens dari team GRI boleh digunakan kepada ejen baru dan juga pelanggan. Kaedah ini untuk membantu kita melajukan sales kita.

  1. Ejen
  2. Pelanggan
  3. Dropship

 

  1. Ejen

Apabila kita perkenalkan ejen baru, kebanyakan masih tidak tahu bagaimana nak perkenalkan/menjual int3Tree kepada pelanggan mereka. Oleh itu, tugas kita untuk membantu mereka. 

Apa yang kita perlu buat adalah minta dari ajen baru kita 10 nama dan no tel dari mereka. Nama dan no tel yang mereka beri itu mestilah kawan mereka dan mempunyai anak yang berumur 3 tahun dan yang masih bersekolah.

Pengalaman mengajar kita bila kita mula berniaga, ramai kawan dan keluarga mula menjauhkan diri. Sebab itu kita guna kaedah pihak ke 3 untuk approach mereka.

Setelah ada nama dan no tel barulah kita hantar whatsapp kepada 10 nama tersebut…

Contoh whatsapp:-

             “Assalamualaikum Puan Syikin, saya Kak Wien. Saya dapat no tel puan ini dari En Nizam (012-2515093)”

            “Saya nak kongsi satu perkara yang dapat membantu anak puan Syikin berjaya dalam pelajaran. Saya sebelum ni dah kongsi dengan Puan Syikin dan Alhamdulillah anak Puan Syikin dah ada peningkatan dalam fokus, lebih cergas dan lebih dengar cakap sekarang.”

            “Puan Syikin berminat ke nak tahu lebih lanjut?”

Ini contoh whatsapp yang kita akan guna untuk hantar kepada 10 nama tersebut. Kita telah berusaha, yang selebihnya kita berserah kepada Allah s.w.t..

Bila 10 nama yang kita hantar itu respond, baru kita sambung whatsapp.

Beri mereka video, keterangan mengenai produk dan testimoni yang paling tepat adalah dari Puan Syikin. Sebab mereka kenal Puan Syikin. Jika Puan Syikin belum guna baru kita kongsi testimoni orang lain.

Kebiasaannya pelanggan akan merujuk kepada ejen kita untuk kepastian. Ejen baru kita akan sahkan tentang kelebihan int3Tree kepada pelanggan mereka.

Dengan kaedah ini, kita secara tidak langsung telah membantu dan memberi semangat kepada ajen baru kita untuk berjaya.

“PIHAK KE 3 AKAN BANYAK MEMBANTU”

  1. PELANGGAN

Setiap kali kita dapat pelanggan baru, pastikan catat di buku rekod. Yang penting adalah untuk dapatkan testimoni dari pelanggan kita sebagai bukti untuk yakinkan mereka yang kita akan whatsapp nanti.

Seperti kaedah yang kita guna untuk membantu ejen yang kita taja juga akan kita guna untuk pelanggan kita.

Tawarkan kepada pelanggan kita adakah mereka mahu int3Tree dengan PERCUMA!

Tiada siapa yang tidak mahu jika dapat PERCUMA! Terangkan syarat mudah bagaimana mereka akan dapat int3Tree PERCUMA!

CONTOH WHATSAPP:

      “Assalamualaikum kak Idayu, nak tak jika saya tawar kat  akak idayu sekotak int3Tree percuma setiap bulan.”

      “Syarat mudah je kak idayu, akak bagi saya 10 nama dan no tel kawan kak idayu untuk saya hubungi dan tawarkan Int3Tree kepada mereka.”

      “Untuk setiap kotak yang kawan kak ida beli saya akan bayar rm13, jika semua 10 orang beli akak akan dapat sekotak Int3Tree PERCUMA!”

“Jika kawan kak  Idayu setiap bulan repeat oder, maka setiap bulan akak akan dapat int3tree PERCUMA untuk anak akak !”

“Apa yang akak kena buat adalah, jika kawan akak tanya tentang int3Tree, akak Cuma  kongsi pengalaman anak akak yang dah makan.”

Ini adalah contoh whatsapp yang kita boleh hantar kepada pelanggan kita. Pastikan pelanggan itu adalah yang telah beri testimoni kepada kita,

Sebab keyakinan bakal pelanggan akan lebih kuat bila ada pengakuan dari pihak ke 3.

No, 3: Dropship

Ulang kaedah yang sama seperti kita guna kepada ejen dan pelanggan.

Guna pakai kaedah ini untuk mendekati pelanggan. Sentiasa ikuti perkembangan pelanggan untuk dapat repeat oder.

Hakcipta terpelihara ddelightazwien.com 2017

Strategi pemasaran Iqwiens – Hari ke 5,15,25

Dalam menghadapi persaingan pelbagai kaedah permasaran yang dilakukan oleh pesaing diluar sana. Oleh itu untuk membantu ajen Iqwiens terus maju dalam memasarkan produk, Iqwiens telah menghasilkan beberapa kaedah untuk diguna pakai oleh ajen dalam menjayakan bisnes mereka. Kaedah ini sebagaimana yang telah diajar oleh sahabat Kak Wien di GRI.

  1. BUKU REKOD PELANGGAN

Setiap ejen yang dapat pelanggan WAJIB mempunyai buku untuk membuat rekod. Catitkan maklumat pelanggan dalam buku tersebut seperti:

  1. Nama penuh:
  2. Alamat rumah lengkap:
  3. No telefon bimbit:
  4. Alamat emel:
  5. Nama ajen/dropship yang beliau beli:
  6. Tarikh mula beli:
  7. Nama anak dan umur (letak semua nama anak & umur yang ada):
  8. Repeat oder keberapa:
  9. Testimoni bila makan int3tree:

 

  1. KAEDAH Hari ke 5, 15, 25

Semua ejen digalakkan menggunakan kaedah Hari ke 5, 15, 25 untuk memastikan mereka tidak terlepas pandang setiap pelanggan yang mereka ada. Setiap kali ejen menjual  produk kepada pelanggan baru.

Apakah kaedah Hari ke  5, 15, 25?

Menggunakan buku rekod pelanggan setiap ejen akan mengikuti pelanggan pada setiap hari yang berikut:

Hari ke 5: 

Ejen akan whatsapp kepada pelanggan menanyakan khabar perkembangan anak pelanggan yang telah mengambil int3Tree pada hari ke 5 setelah mereka menjual.

  1. Bertanya khabar
  2. Minta testimoni
  3. Menerangkan kaedah pengambilan yang betul

Contoh  whatsapp Hari KE 5:

: Assalamualaikum Puan Nora, apa khabar? Maaf menganggu Puan Nora, boleh Kak Wien tahu perkembangan Afiq?

: Anak Puan Nora makan int3Tree letak bawah lidah ke?

: Jika anak puan tak boleh ambil terus,Puan Nora boleh campur dengan air minuman, tabur diatas roti atau aiskrim. Yang penting Afiq konsisten mengambil int3Tree setiap hari.

Hari ke 15:

Ejen sekali akan whatsapp kepada pelanggan untuk menanyakan khabar perkembangan anak pelanggan yang telah mengambil int3Tree pada hari ke 15.

  1. Bertanya khabar
  2. Minta testimoni
  3. Monitor perkembangan anak pelanggan 

Contoh whatsapp:

: Assalamualaikum Puan Nora, hari ni dah 15 hari Afiq mengambil int3Tree, macam mana perkembangan Afiq?

: Afiq mesti ada perubahan positif kan Puan Nora?

: Terima kasih puan kerana kongsi testimoni Afiq……

Hari ke25:

Ejen akan whatsapp kepada pelanggan untuk menanyakan khabar perkembangan anak pelanggan yang mengambil int3Tree pada  hari ke 25.

  1. Bertanya khabar
  2. Minta testimoni
  3. Menanyakan pelanggan untuk repeat oder kerana baki int3Tree ada lagi 5 sachet mengikut catatan dari buku rekod.

Contoh whatsapp:

: Assalamualaikum Puan Nora, hari ni dah 25 hari Afiq mengambil int3Tree.

: Afiq macam mana Puan Nora,  dah tinggal lagi 5 sachet lagi, puan nak oder lagi untuk Afiq??

Dalam menggunakan kaedah 5,15,25 mesti digandingkan dengan buku rekod supaya kita tahu dengan siapa yang kita berhubung.

Amalkan guna nama  bila nak berhubung dengan mereka. Sebab tu kita perlu maklumat lengkap untuk disimpan dalam buku rekod. Wujudkan kemesraan antara kita dan pelanggan.

Kebiasaan kita akan berjaya bila pelanggan telah PERCAYA kepada kita. Jadi KAWAN  bukan sekadar pelanggan. Ambil berat (caring) adalah penting dalam perniagaan Int3Tree. Kita bukan jurujual tetapi perunding.

Jangan selepas jual kita akan abaIkan pelanggan. Mereka adalah punca pendapatan kita, jadi layan mereka seperti emas.

INGAT! PELANGGAN ADALAH EMAS….

JADI KAWAN BUKAN SEKADAR PELANGGAN!

Kongsikan nota ini pada dropship anda yer......sharing is caring.... terima kasih kerana sudi membaca .

Hakcipta terpelihara  ddelightazwien.com 2017

Kelebihan bunting dalam perniagaan

Kelebihan bunting

Antara kelebihannya ialah

KOS PEMBIKINAN MURAH

Antara faktor mengapa bunting masih digunakan adalah kerana kos pembikinannya murah. Anda boleh lakukan design bunting perniagaan melalui pelbagai perisian komputer (computer software). Contohnya, Photoscape (percuma untuk dimuat turun), Power Point (Microsoft Office),  Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan lain-lain. Segala perisian komputer ini boleh digunakan untuk membuat reka bentuk dan mengubah mengikut kesesuaian perniagaan serta kreativi anda untuk mempamerkan bunting itu kepada khalayak ramai.

SASARAN PELANGGAN

Walaupun ia murah dan mudah untuk dilakukan, namun anda harus mempertimbangkan di mana anda harus letak bunting dan banner perniagaan anda. Sama ada anda ingin mempromosikan perniagaan anda atau acara majlis atau apa sahaja, anda harus pastikan ia adalah tempat yang senang untuk anda approach pelangan anda. Pastikan anda memohon kebenaran pada majlis bandaraya berdekatan atau pihak berkuasa sebelum menggantungkan bunting perniagaan anda di tiang-tiang lampu atau di pagar-pagar bangunan. Ia menjadi satu kesalahan jika anda menggantungkan bunting tanpa permit.

TAHAN LAMA

Bunting adalah kekal lama walaupun ia terdedah pada cahaya matahari dan hujan. Sama ada yang anda gantungkan di tiang-tiang lampu, di luar kedai anda dan di tempat yang sentiasa terdedah pada haba. Warna akan luntur namun ia bukan dalam jangka masa yang pendek. Apatah lagi jika anda yang gemar membuka car booth sale, gerai-gerai di tamu dan apa sahaja event yang boleh mempromosikan perniagaan anda. Ia tahan lasak dan dan murah. Jimatkan?

VISUAL DAN REKABENTUK

Akhir sekali, design pada bunting perniagaan anda juga memainkan peranan untuk menarik perhatian potensi pelanggan untuk mengetahui tentang perniagaan anda. Design yang menarik perhatian orang ramai adalah mesej yang ingin disampaikan adalah mudah difahami dan padat pengisiannya. Design bunting anda juga tidak seharusnya terlalu padat dengan gambar namun tidak boleh terlalu banyak perkataan digunakan kerana potensi untuk orang berhenti dan membacanya adalah kurang daripada 10%. Oleh itu, pastikan anda mempunyai elemen - elemen yang sesuai untuk design bunting anda.

Sedikit sebanyak perkongsian tentang bunting perniagaan atau apa sahaja kegunaan yang anda ingin lakukan telah diterangkan. Kami daripada iqwiens.com mengharap perkongsian ini memberi manfaat tentang keperluan bunting dalam perniagaan anda