Apa yang anda patut tahu dengan cash flow atau aliran tunai

Apa tindakan kita selepas hadir Kelas MYD$ ?
.
#1- Yang belum ada syarikat, kalau mmg serius nak berniaga ... pergi SSM dan buka syarikat sendiri. Pilih nama yang universal sikit. Yang boleh kita guna untuk buat apa bisness pun sbb satu syarikat boleh ada 10 bisnes dalam nya, tak perlu buka 10 syarikat berlainan...... janji stuktur mantap....
.
#2- Bila dah ada syarikat semua urusan perbankan kena guna akaun syarikat. Jangan campur aduk kan akaun personal dan akaun syarikat ya.... dan terus buat internet banking. Mesti ada ya....
.
#3- MESTI rekod semua transaksi duit keluar dan masuk. Template CASHFLOW dah diberikan masa kelas 10hb hari tu.... Dah rekod ke belum ?????
.
#4- Yang serius target nak start bina profile mulai tahun 2017, kena ready dengan Penyata Untung Rugi syarikat utk tahun 2017 dan submit ke LHDN sebelum Jun 2018 ya.....
.
#5- Jom kita review penyata Cashflow kita... tengok mana yang perlu di perbaiki......

Berikut adalah perkongsian dari Kak Kin tentang aliran wang tunai.

Dalam ofis kita, perlu ada 4 fail ini saja......
Tak susah kan....???
Label GREY - Failkan semua invois dan claim kita fail
Label PINK - Failkan semua invois dan claim yang kita dah bayar
Label BIRU - Failkan semua salinan invois dan resit yang kita berikan pada pelanggan kita (kalau dalam kita guna invois dan resit dalam entuk buku, simpan buku2 tu secara tersusun ikut bulan
Label KUNING - Failkan penyata bank bulanan/harian yang kita print dan juga semua resit bank in yang kita ada.
.
Fail-fail ini adalah sebagai bukti urusan kewangan perniagaan kita....
.
Dan simpan selama sekurang-kurangnya 7 tahun .....

NAK AMBIL GAJI....

Ingatkan latihan kita hari itu..... Dah kira kan berapa gaji bulanan kita nak ambil dari bisnes kita...?

Ada disertakan disini contoh slip gaji.... ada banyak lagi contoh2 lain yang berlainan format nya saja. Boleh guna yang mana pun...

Secara kasarnya anda dah boleh agak bagaimana nak uruskan kewangan anda dengan membuka SSM sama ada Enterprise atau Sdn Bhd. Kedua-duanya ada pro and cons bergantung kepada apa yang kita inginkan. Untuk pastikan gaji anda yang sesuai untuk setiap bulan anda ambil Kak Wien syorkan anda layari website http://www.payroll.my/

JOM Kita kira berapa gaji bersih kita...
Gaji asas RM3000 sebulan
Carum KWSP ikut %
Status kita SINGLE..

BERAPA JUMLAH BERSIH YANG KITA TERIMA SEBAGAI GAJI KITA....

Klik link http://www.payroll.my/ dan berikan jawapan dim komen dibawah...

Hakcipta terpelihara ddelightazwien.com 2018 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *